AKHLAK ISLAMIAH
NAMA KUMP : KUMPULAN EMPAT(4)
NAMA PENSYARAH : USTAZ HAFIZ BIN JAFAAR
NAMA PELAJAR: 1) SALASIAH BINTI JAILANI
(920217-12-6416)
2) NASRINAH BINTI RUSMAN
(920207126658)
3) NURUL MUSINAH BINTI JUNYA
(921206-12-6394)
4) ANIS BINTI ITO
(921101-12-5096)
KOD SUBJEK : KWT 1112
SEMESTER : SATU(1) 2010/2011
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN
OI PENDAHULUAN
O2 DEFINISI
AKHLAK
O3 PERBEZAAN DI
ANTARA,AKHLAK.
DAN ETIKA
O4 KEDUDUKAN
AKHLAK DLM
ISLAM
O5 KEPENTINGAN
AKHLAK DLM
ISLAM
O6 CIRI2 AKHLAK
ISLAM
07 CARA2 MEMPERBAIKI
AKHLAK
08 KESIMPULAN
09 PENUTUP
PENDAHULUAN
Assalamualaikum W.B.T. kami dari kumpulan empat.Terlebih dahulu kami ingin menucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu ustaz hafiz yang memberi tujuk ajar serta membimbing kami dalam melakukan kertas kerja kami.Tidak lupa juga kepada para sahabat yang bekerjasama dalam menjayakan kerta kerja ini.kami berharap pihak tuan dapat menerima kertas kerja kami. Sekian sahaja dari kami,harap segala salah dan silap dapat di maafkan. WASSALAM.
DEFINISI AKHLAK
Perkataan Akhlak berasal dari bahasa Arab. Yang dipanggil Jama atau plural bagi perkataan khaluq yang beerti perangai atau tabiat.Dalam buku Ibn Athir menerangkan makna Akhlak atau di sebut juga sebagai khaluq adalah gambaran batin manusia yang tepat iaitu jiwa dan sifat-sifatnya.Sedangkan khaluq merupakan gambaran bentuk lurannya seperti raut muka,warna kulit,dan tinggi rendah tubuh seseorsng manusia.
Pendapat ini telah di persetujui oleh Imam al-Ghazali(1939)di mana beliau mengatakan :bilamana orang yang mengatakan si A itu ialah baik khaluqnya,yang beerti si A itu baik sifat lahirnya dan sifat batinnya.Pengertiaan sehari-hari mengatakan akhlak umumnya,mempunyai erti yang sama dengan budi pekerti atau tatasusila.
Perkataan akhlak juga merupakan pecahan dari perkataan khalq.Yang sekumpulan dengan perkataan khaliq,yang beerti pencipta dan makhluk yang telah di ciptakan.Khaliq dan makhluk dari pecahan perkataan yang sama dan mempunyai aspek yang sangat penting.Dan merupakan jambatan yang mewujudkan hubungan baik antara sesame manusia.Yang di cipta oleh ALLAH S.W.T.
:TERJEMAHAN perkataan AL-QURAN sebagai contoh ALLAH berfirman
:dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti (berakhlak) yang agung.
Baginda Rasullulah SAW pula bersabda:
Sesungguhnya aku diutus semata-mata untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.
PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK,MORAL DAN ETIKA
Istilah yang lain di gunakan bagi perkataan akhlak ialah perkataan moral atau etika. Di mana istilah moral (morality)ethics) tidak sesuai untuk menerangkan pengertian akhlak islam. Ini di sebabkan kedua-dua istilah moral dan etika ini mengandungi nilai-nilai falsafahnya yang sendiri.
· Etika berasal dari istilah Yunani iaitu Ethos yang bermakna adat resam.
· Etika menurut pengertian lain Yunani kuno sebagaimana yang di nyataakan oleh Socrates di mana hasil dari pengalaman yang di lalui oleh manusia.
· Etika boleh didefinisikan sebagai satu konsep atau pegangan yang di pegang oleh seorang sama ada baik atau buruk yang mana telah menjadi amalan seharian.
· Sesui untuk jangka masa pendek.
· Merupakan satu cabang dari ilmu falsafah ianya adalah bersumber dari pemikiran,pandangan,dan cita-cita manusia.
Perkataan moral pula berasal dari Latin iaitu MORES.Selain itu,moral juga bererti sebagai gabungan dari amalan sosial kelompok yang bergantung kepada evolusi sosial yang dilalui oleh kelompok tersebut (Abu `Urwah,1989)
Perbezaan di antara moral dan etika adalah di atas sebab-sebab berikut:
1. Akhlak bersifat rabbani dan merupakan sebahagian daripada konsep dan sifat islam yang syumul.
Undang-undang akhlak dapat membawa manusia itu untuk mencapai kebahagiaan dalam hidupnya,kerana ia merangkumi kedua-dua pertumbuhan kebendaan dan rohani manusia. Sedangkan undang-undang moral atau etika hanya menekankan pencapaiaan kebendaan manusia semata-mata.
2. Undang-undang mencorakkan kehidupan manusia. Adapun undang-undang etika adalah ciptaan yang dibataskan oleh manusia selaras dengan keinginan dan pemahaman manusia terhadap hidup.
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
Akhlak dalam islam sangat penting kerana:
· Tujuan risalah islam adalah untuk menyempurnakan dan menyebarkan akhlak yang mulia,seperti yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW.
Maksudnya: Sesungguhnya aku dibangkitkan (diutus) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
· Akhlak yang mulia dapat menyindarkan manusia dari api neraka dan membawa manusia masuk ke dalam syurga. Dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW pernah ditanya:
Maksudnya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada seorang wanita selalu berpuasa di siang hari dan bertahajud di malam hari tetapi akhlaknya keji,kerana suka menyakiti jirannya dengan lidahnya. Baginda bersabda :”tidak ada kebaikan pada wanita itu,bahkan dia adalah ahli neraka.”
KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Akhlak mempunyi pengaruh yang sangat besar dalam pembentukan manusia dan apa sahaja yang lahir dari manusia itu sendiri.Malahan boleh di katakan semua tindak tandus manusia sesuai dengan pembawa dan sifat yang ada dalan jiwanya.Laksana eratnya hubungan pohon kayu dengan akarnya.Yang membawa maksud baiknya sesuatu perbuatan apabila akhlaknya baik,kerana cabang dari pohon selalunya mengikut pohonnya.Maka apabila urat(akar)itu rosak tentu cabangnya pun rosak juga.
FIRMAN ALLAH S.W.T:
Negeri yang baik,tanah yang subur,mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya yang baik pula dengannya izin tuhannya.Negeri yang tidak subur,tanah pula menghasilkan tumbuh-tumbuhan dengan besusah payah.
(Al-A’raf,7:58)
CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM
Daripada ayat suci Al-qurandan hadis-hadis ternyata akhlak dalam islam amat berbeza jika di bandingkan dengan nilai-nilai moral.Perbezaan dapat di lihat melalui cirri-ciri khusus yang terdapat dalam sistem akhlak islam antaranya:
1)Islam menyentuh persoalan akhlak samaada secara umum mahupun secara terperinci
a)SECARA UMUM
i)perintah bercakap dengan perkataan yang lebih baik(benar)
TERJEMAHANNYA:katakanlah kepada hambaku; hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik(benar)
b)SECARA TERPERINCI(detail)
i)perintah menunaikan haji:
TERJEMAHANNYA:Tunaikanlah segala janji, sesungguhnya janji itu akan dipertanggungjawabkan (dipersoalkan)kelak.
ii)Tegahan memperkatakan sesuatu yang tidak diketahui:
TERJEMAHANNYA:Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentang nya.sesungguhnya pandangan ,penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
(Al-Quran,al-Israa;17:36)
iii)TEGAHAN DENGAN SIFAT ANGKUH
TERJEMAHANNYA:Dan sesungguhnya kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
2)syumul(meliputi)
Bermaksud ruang lingkup (skop) akhlak islamiah itu amat luas meliputi seluruh perbuatan manusia.Sebagai contoh dalan hal yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa.
TERJAMAHANNYA:Jika kamu khuatiri (setelah mengetahui) pengkhianatan dari satu golongan ,maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan jujur, kerana sesusngguhnya Allah tidak menyukai orang yang khianat.
3)Akhlak adalah jalan dan matlamat
Kaedah umum dalam islam (Matlamat tidak membersihkan cara).Bermaksud jalan atau cara yang di gunakan untuk mencapai matlamat mestilah diterima syarak.Firman Allah S.W.T :
TERJEMAHANNYA:Jika mereka meminta pertolongan kepada mudalam(urusan pembelaan) agama,maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka.Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Al-Quran,al-Anfal,8:72)
4)Mempunyai asas yang kuat lagi teguh
Akhlak dalam islam berasaskan kepada keimanan yang teguh kepada allah dan rukun-rukun iman yang lain.Kerana itu ia tetap kukuh dan mantap,tidak berubah dalam keadaan apapun. FIRMAN ALLAH S.W.T:
TERJEMAHNYA:……..Maka sempurnakanlah kepada perjanjian mereka sehingga (habis)tempohnya.Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.
(AL-Quran ,al-Taubah;9;4)
5)Ada pembalasan (dosa dan pahala)
Merupakan salah satu daripada keistimewaan akhlak islamiah.Kerana itulah agama islam menyentuh persoalan akhlak dalam bentuk perintah dan laranganMelaksana perintah syarak mendapatkan ganjaran pahala ,sebaliknya,melanggar syarak mendapat balasan dosa.
TERJEMAHANNYA:Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi pencelah’
(Al-Quran,,al-Humazah,104:1)
CARA-CARA PERBAIKI AKHLAK
Akhlak pada umumnya boleh di perbaiki,ini di pahamkan dalam FIRMAN ALLAH S.W.T :
TERJEMAHANNYA:Sesungguhnya yang menyebabkan kebinasaan umat sebelum kamu ialah apabila orang yang berdarjat di antara mereka mencuru, mereka biarkan.(tidak diambil tindakan) .(Tetapi) apabila orang yang lemah mencuri,mereka melaksanakan hukuman .Demi Allah kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri maka aku akan potong tangannya.
Dalam usaha meningkatkan atau menerobah akhlak ini terdapatb beberapa cara yabg di anjurkan antaranya ialah:
1. Meningkatkatkan ilmu untuk mengenal jenis-jenis akhlak
Seseorang mukmin wajib mempelaji tentang akhalak yang disyariat islam.Ilmu membantu mengenali yang mana akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah adalah di antara alat yang terpenting untuk seorang mukmin.Tanpa ilmu tidak mungkin seseorang itu mengetahui akhlak terpuji dan akhlak yang keji dalam islam.
2. Keazaman yang tinggi
Menanamkan ilmu berkenaan akhlak Mahmudah ke dalam amalan hidup memerlukan keazaman yang tinggi.Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk menghayati sifat-sifat mulia.A khlak mahmudah dan iman yang teguh merupakan dua perkara yang tidak boleh di pisahkan.Iman yang teguh memerlukan penjagaan yang rapid an pembajaan yang baik.Tugas pembinaan iman dan tugas pembentukan akhlak yang mulia sentiasa bergerak seiring.
3. Membiasakan diri dengan kebaikan
Akhlak mazmumah dapat di hapuskan dengan mengantikannya dengan akhlak mahmudah yang bertentangan dengannya.Akhlak mahmudah hendaklah di biasakan agar dapat kekel dan bersemadi dalam jiwa.Langtkah-langkah mahmudah untuk berusaha untuk memperbaiki dirinya:
i)Memeriksa diri dan mengenal pasti akhlak-akhlak mazmumah yang ada dalam dirinya.
ii)Setelah mengenal pasti akhlak mazmumah,di pastikan pula di antaranya yang paling keji menurut syarak.
iii)Setelah itu,maka hendaklah ia memastikan apapkah akhlak yang paling berkesan di jadikan sebagai ganti akhlak terkeji menurut syarak.
iv)Selepas itu hendaklah ia memperbaiki dirinya memurut urutan keutamaan akhlak yang di kenal pasti olehnya
v)Memperbanyakkan amalan-amalam sunnah bagi melunakkan jiwa dengan bertaqarrub kepada Allah.
4. Bergaul dengan ahli ibadah dan menjauhkan diri daripada ahli maksiat
Berhubung dengan orang-orang yang baik serta berakhlak baik adalah antara cara yang berkesan untuk memperbaiki akhlak seseorang.Ini boleh di katakan manusia cepat meniru orang yang di gaulnya.Selain itu,bagaul dengan orang soleha dapat menjauhkan diri dari ahli-ahli maksiat dan orang yang berakhlak buruk.
5. Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat
Mukmin yang berusaha memperbaiki dirinya hendaklah mempunyai sifat menerima teguran orang lain.Setiap orang itu mempunyai kelemahan dan kekurangan dan sebab itu kita hendaklah menerima apabila di tegur dan di nasihat.Apabila orang-orang soleha menegur dan menasihat ,hendaklah ia yakin bahawa tiada satu perkara pun yang di inginkan oleh orang-orang solehakecuali kebaikan,kerana itu hendaklah ia berlapang dada menerima teguran dan nasihat yang ada oada dirinya.Umar al-Khattab berkata:
Terjemahannya: Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat –Nya ke atas sesesorang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku.
KESIMPULAN
Akhlak adalah mustika yang membezakan makhluk manusia dengan makhluk haiwan.Manusia tanpa akhlak,akan hilang darjat kemanusiaanya sebagai makhluk Allah yang paling mulia,dan jatuh menjunam ke mertabat haiwan.Manusia yang telah jatuh martabat itu sangat merbahaya,ia akan lebeh jahat dan lebih buas daripada binatang buas.
Oleh itu sekiranya akhlak telah lenyap dari diri manusia,kehidupan akan memjadi kehidupan yang kacau bilu,masyarakat akan sentiasa bersengketa.Orang tidak lagi mengambil peduli soal baik atau buruk,halal dan haram,akhirnya tamadun sesebuah bangsa itu akan hancur dan musnah.
RUJUKAN
AL-Ghazali,Abu Hamid Muhammad bin Muhammad
(1939).”Ihya ulum Al-din”.juz. 1)mesir :matbaaah mustafa Al-baby Al-halabi.
Abu ‘urwah.(1989).”sistem-sistem islam”.Kuala Lumpur:Pustaka Salam.