PERSAINGAN SEMPURNA
Terdapat banyak penjual keluaran yang tidak berbeza seperti sayur-sayuran,daging dan ayam.Di sebabkan keluaran adalah sama,penjual harus menjual pada harga yang telah di tetapkan.Pembeli tidak akan membeli daripada penjual yang menjual dengan harga yang mahal.
PERSAINGAN MONOPOLI
Banyak penjual yang menjual keluaran yang sama tetapi terdapat perbezaan di antara satu keluaran dengan keluaran yang lain.Pengeluar cuba untuk membezakan keluaran mereka dengan keluaran pesaing dan terdapat perbezaan di antara satu keluaran dengan keluaran pesaing yang lain.Contoh persaing monopoli ialah kasut,baju dan majalah.
PERSAINGAN OLIGOPOLI
Terdapat beberapa sahaja penjual dan setiap penjual mempunyai syer pasaran yang tinggi.Setiap jenama mempunyai keunikan yang berbeza tetapi boleh diganti dengan jenama yang lain.Pengeluar cuba menggalakkan dari segi persaingan harga,tetapi terdapat persaingan yang hebat daripada segi pengiklanan,penjual peribadi,khidmat pelanggan dan ciri-ciri keluaran.sebagai contoh persaingan diantara toyota dan honda di dalam pasaran kereta.
MONOPOLI
Monopoli berlaku di mana terdapat hanya seorang penjual yang menjual keluaran tersebut.Di Malaysia,monopoli boleh di katakan tidak ada kecuali di dalam beberapa keadaan.contohnya pengangkutan melalui rail dikuasai sepenuhnya oleh KTMB.Pada umum,perniagaan monopoli di kawal oleh kerajaan.Walaupun terdapat hanya seorang penjual di dalam monopoli,ke semua keluaran terpaksa bersaing dengan keluaran daripada ketegori yang lain.Contohnya KTMB terpaksa bersaing dengan bas dan teksi.
No comments:
Post a Comment